"Hari ini menabung sedikit,
esok pula hasilnya membukit"
Ketika merancang perlindungan untuk menghadapi perkara yang tidak diingini, anda juga boleh merancang untuk perkara yang anda ingini. Seperti memiliki kediaman impian, membiayai anak-anak melanjutkan pelajaran atau bersara lebih awal.
Rider pelaburan Takaful Saver membolehkan anda mengecapi semua ini. Dengannya, anda boleh memilih untuk melabur terus ke dalam Dana Takafulink sambil menikmati perlindungan yang ditawarkan oleh pelan Takafulink anda.
Takaful Saver membolehkan anda menikmati lebih lagi dari pelan Takafulink anda kerana ia menawarkan pelan yang lebih fleksibel untuk menepati keperluan anda yang sering berubah.

Bagaimana Takaful Saver dikendalikan?
Setelah menyertai Takaful Saver, para peserta Takafulink boleh membuat caruman tetap ke Akaun Unit Pelaburan (IUA) untuk membeli unit-unit di dalam Dana Takafulink yang dipilih.
• Caruman tetap minimum: RM10 sebulan
• Caruman tetap maksimum: (Caruman tahunan Takafulink) x 5
Penambahan Caruman
Peserta juga boleh menambah caruman tunggal ke dalam IUA mereka pada bila-bila masa.
• Penambahan minimum: RM1,000
• Penambahan maksimum: Tiada had
Memandangkan 95% daripada caruman tetap Takaful Saver diperuntukkan untuk membeli unit-unit Dana Takafulink, rider ini membolehkan para peserta menambah caruman mereka untuk pelaburan dan simpanan.
Nota:
•5% lagi diperuntukkan untuk yuran Wakalah bagi komisen ejen dan perbelanjaan berkaitan agihan.
•Caruman Takaful Saver adalah berasingan sama sekali dengan Takafulink.
•Apabila berlaku kematian, Hilang Upaya Penuh & Kekal (HUPK) atau Sijil mencapai tarikh matang, baki unit di dalam IUA akan dibayar kepada para peserta.
Manfaat Tambahan
Takaful Saver Contributor: Membayar caruman tetap kepada orang dilindungi Takaful Saver sekiranya orang dilindungi menghidap penyakit kritikal.
Takaful Saver Parent Contributor atau Takaful Saver Spouse Contributor: Sekiranya ibu bapa atau pasangan orang dilindungi meninggal dunia, mengalami HUPK atau disahkan menghidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu membayar caruman kepada pelan Takaful orang dilindungi di masa hadapan.
Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila orang dilindungi meninggal dunia atau mencapai usia 60 tahun.
Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila orang dilindungi meninggal dunia atau mencapai usia 60 tahun.
Siapa yang boleh menyertai Takaful Saver?
Mana-mana peserta dan / atau pencarum pelan Takafulink.
Bagaimana dana anda diuruskan?
Caruman tetap Takaful Saver akan diuruskan mengikut arah pelaburan yang dinyatakan di dalam pelan Takafulink anda sebelum ini.
Penambahan caruman tunggal pada satu-satu masa boleh dibuat ke dalam Dana Takafulink pilihan anda.
Dana-dana Takafulink berlandaskan Syariah yang disediakan ialah:
Takafulink Dana Ekuiti
• Bertujuan untuk memaksimumkan pulangan dalam jangka masa pertengahan hingga panjang
dengan melabur dalam saham bermutu tinggi yang berlandaskan Syariah dan disenaraikan di Bursa Malaysia
• Untuk para peserta yang mampu menghadapi risiko yang tinggi dan berminat dalam pelaburan jangka masa pertengahan hingga panjang
Takafulink Dana Bon
•Bertujuan memberikan pengumpulan modal jangka masa pertengahan hingga panjang, dengan melabur dalam sekuriti terpilih yang berlandaskan Syariah
•Untuk peserta yang mampu menghadapi risiko yang rendah hingga pertengahan serta berminat dalam pelaburan jangka masa pertengahan hingga panjang
SELAMAT:
Melabur untuk masa depan anda sambil menikmati perlindungan Takaful
KEMUDAHAN:
Melabur bila-bila masa yang anda suka, terus ke dalam Dana Takafulink pilihan anda
Melabur untuk masa depan anda sambil menikmati perlindungan Takaful
KEMUDAHAN:
Melabur bila-bila masa yang anda suka, terus ke dalam Dana Takafulink pilihan anda
Takafulink Dana Urus
•Dana diuruskan yang bertujuan memaksimumkan pulangan dalam jangka masa pertengahan hingga panjang. Ini dicapai dengan melabur dalam saham dan sekuriti yang berlandaskan Syariah menerusi Takafulink Dana Ekuiti, Takafulink Dana Bon dan mana-mana dana Takafulink sedemikian yang ditawarkan di masa hadapan
•Untuk peserta yang mampu menghadapi risiko sederhana hingga tinggi dan berminat dalam pelaburan jangka masa pertengahan hingga panjang
Nota:
•Prestasi lepas bagi suatu Dana tidak boleh dianggap sebagai petunjuk bagi prestasi di masa hadapan.
•Harga bagi suatu unit mungkin naik dan turun, dan prestasi suatu Dana tidak dijamin.
•Nilai bagi suatu Dana mungkin lebih rendah dari jumlah sumbangan dan bergantung kepada prestasi sesuatu aset.
No comments:
Post a Comment