Tuesday, 6 April 2010

Kisah Sedih Artis-Artis Malaysia

DULU BIENDA BERTARUNG NYAWA
Apabila dadanya sering saja sakit. Mulanya dia menyangka ia sekadar sakit biasa sebaliknya penyanyi nasyid Bienda terpaksa menerima hakikat dia menghidap sakit jantung berlubang. Mujurlah ia dapat dikesan pada peringkat awal ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta baru-baru ini. Bagaimanapun ketika doktor pemeriksa degupan jantung Bienda, bunyinya seakan berbeza menyebabkan dia diarah merujuk kes berkenaan ke hospital.

Mungkin sudah takdir, akhirnya Bienda atau nama sebenarnya Norrazlinda Razli, 22, terpaksa menerima hakikat terdapat lubang sedalam 25 milimeter pada bahagian kiri jantungnya. Lebih mengejutkan, pihak hospital memaklumkan peruntukan untuk melakukan pembedahan jantung itu memerlukan kos sekitar RM50,000. Mana hendak dicari duit sebanyak itu? Persembahan pentas pun bukannya ada. Itulah nasib mereka. Hendak meminta malu tetapi jika tidak berbuat demikian bimbang penyakit itu akan melarat.

Mungkin sudah rezeki dari Tuhan, beban itu dapat juga dikurangkan apabila Pergerakan Pemuda UMNO pada 2 Januari lalu memaklumkan kesediaan mereka menghulurkan sumbangan RM25,000. Melalui Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang membantu berusaha mendapatkan peruntukan itu, paling tidak kedua-dua beranak tersebut mampu juga menarik nafas lega.

FINAS SUMBANG RM10,000 BANTU M.RAJOLI
Pelakon M. Rajoli yang kini menjalani rawatan kemoterapi dan fisioterapi selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada otaknya, menerima sumbangan RM10,000 daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di Hospital Ampang, di sini hari ini.

Sepanjang berada di Hospital Ampang, M. Rajoli akan menjalani rawatan kemoterapi selain rawatan beberapa penyakit lain termasuk kencing manis, darah tinggi dan asma. “Setakat ini, suami saya baru dua kali menjalani kemoterapi. Rawatan susulan akan dijalankan seterusnya tidak lama lagi. Setiap rawatan kemoterapi menelan kos RM3,000,” katanya. Pada 14 November lalu, M. Rajoli menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM1,000 daripada Persatuan Karyawan. Karyawan juga bersetuju memberi imbuhan RM500 sebulan seumur hidup kepada pelakon itu menerusi Skim Pencen yang diwujudkan oleh persatuan tersebut.

INI SEMUA
DUGAAN ALLAH - YUSNI
“Ini semua dugaan dan ujian Allah pada ibu. Dia Maha Penyayang. Ibu terima semuanya ini dengan hati yang reda’’. Itulah bait tutur yang mampu diluahkan oleh seniwati Yusni Jaafar ketika Mega mengikuti Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) melawatnya di Hospital Selayang, Selangor, baru-baru ini.

Melihatkan tubuh Yusni yang hanya terbaring di atas katil, hati setiap mereka yang melawatnya pasti diselubungi perasaan sedih dan sayu. Manakan tidak, tatkala diajukan soalan mengenai keadaan diri, Yusni jelas seakan-akan mahu menyembunyikan penderitaan yang ditanggung di sebalik lantunan nada serak.

Namun, hakikatnya, ibu kepada Raja Iskandar, 41; Raja Ema, 39; Raja Izat, 37; Raja Emey, 30, dan Raja Erna, 23, itu kini cukup derita akibat penyakit hati serta buah pinggang. Di samping itu, Yusni yang dimasukkan ke hospital sejak 31 Januari lalu turut menanggung seksa penyakit kencing manis. **Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Yusni Jaafar yang telah kembali ke rahmatullah pada 1 April 2008 yang lalu.

SUDIRO - TABAH KETENTUAN ILAHI
MASIH ingatkah lagi dengan dramatis yang begitu sinonim dengan watak Tapa dalam siri popular Rumah Kedai yang pernah ditayangkan sepanjang Ramadan di TV3 tidak lama dahulu? ‘Tapa’ yang dulu berbadan gempal, kini sudah kurus dan cengkung. Inilah realiti yang terpaksa diterima setulusnya oleh ‘Tapa’ atau nama sebenarnya Sudiro Sukirman, 48, yang mengidap pelbagai jenis penyakit. Katanya, dia mula mengidap penyakit kencing manis ketika berkhidmat dengan TV3 sebagai Penolong Penerbit Bahagian Hiburan dari tahun 1995 hingga 2005.Sudiro juga pernah bertugas sebagai penulis skrip di Grand Brilliance Sdn. Bhd.

"Nasib baik sakit buah pinggang saya tak sampai tahap teruk lagi. Doktor kata, lagi dua peratus kalau tak jaga betul-betul memang kena dialisis," katanya yang perlu menyediakan RM1,000 setiap bulan untuk membiayai perubatannya.
Sudiro kini tinggal di Selayang, Kuala Lumpur bersama adiknya, Sumini Sukirman, 42. Kata Sudiro, dia terpaksa makan enam jenis ubat termasuk ubat jantung dari Institut Jantung Negara (IJN) yang bernilai RM250. “Kadang-kadang bila makan banyak sangat ubat, kulit pun mengelupas, mungkin sebab panas,” kata Sudiro yang mengakui berpantang makan makanan pedas dan juga ikan kembung.

Sudiro kini bertugas sebagai pengajar Teater Boneka di Universiti Malaya (UM) dan juga sering mendapat undangan membuat pertunjukan boneka di sekolah-sekolah. Selain itu, Sudiro juga menulis skrip untuk menampung perbelanjaan rawatannya. “Skrip terbaru saya ialah Bawang Kecil Bawang Besar,” kata Sudiro.

AZEAN PERLUKAN RM90,000
Sudah dua minggu aktres Azean Irdawaty selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada payudaranya dan aktres itu sudah disahkan semakin sihat, malah tidak sabar untuk bersama dengan karyawan lain ke Festival Filem Malaysia di Pulau Pinang awal Ogos nanti.
Apa pun, di sebalik senyuman riang Azean itu ‘tersembunyi’ sesuatu. Pelakon versatil berusia 57 tahun ini sebenarnya memerlukan bantuan kewangan untuk membiayai kos rawatannya. Kos rawatan penyakit kanser memang agak tinggi. Kimoterapi saja, sebanyak RM42,000 diperlukan Azean bagi enam sesi rawatan yang dijalani di Hospital Pakar Damansara pada 18 Julai lalu.

Kos berkenaan belum termasuk rawatan radioterapi yang akan dilakukan di hospital di Nilai. “Selepas mengambil kira semua perkara saya memerlukan kira-kira RM90,000,’’ katanya dalam senyum yang gundah.

Bagaimanapun, setakat ini sebanyak RM33,000 berjaya dikumpulkan. Ia hasil sumbangan diperoleh Azean daripada saudara, rakan, persatuan dan pihak yang prihatin pada dirinya. Azean mungkin kacau dan risau sebab untuk mendapatkan kos sebanyak itu bukannya mudah. Ambil masa dan tenaga, tetapi masalahnya dalam keadaan sekarang dia tidak boleh bekerja untuk mencari wang.

CUBA RENUNGKAN SEJENAK
Apa yang bermain di fikiran anda sekarang?
Apa perasaan anda apabila membaca kisah-kisah sedih artis kesayangan anda ini?
Nasib mereka sudah ditentukan sebegitu, nasib anda bagaimana pula?
Apa persediaan anda jika perkara-perkara sebegini terjadi kepada diri sendiri, ibu, bapa, isteri, suami, anak-anak atau ahli keluarga anda yang lain?

Mahal bukan kos rawatan perubatan? Mampukah anda menyediakan sejumlah wang yang banyak untuk membiayai kos rawatan perubatan?

SEJAUH MANA ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI PERKARA-PERKARA SEBEGINI?

Anda BERNASIB BAIK kerana berpeluang membaca artikel ini. Kami bersedia untuk MEMBANTU anda menghadapi situasi-situasi sebegini. Hanya ada SATU cara untuk menghadapi perkara-perkara sebegini sekiranya ditakdirkan berlaku terhadap diri dan keluarga anda iaitu dengan memiliki polisi TAKAFUL.

Jadikan Kisah Sedih Artis-Artis Malaysia yang baru anda baca sebagai panduan dan iktibar. Mungkin salah kami kerana tidak berkesempatan untuk bertemu mereka sewaktu mereka masih SIHAT dan menolong mereka disaat mereka benar-benar memerlukannya.

Terlalu ramai orang di luar sana yang perlu kami temui setiap hari. Hakikatnya ada 15 juta rakyat Malaysia yang belum mempunyai perlindungan takaful dan anda adalah sebahagian daripada statistik ini.

Bertindaklah SEKARANG, JANGAN BERLENGAH LAGI. Kami tidak mahu kisah sedih artis-artis ini BERULANG pada diri anda dan keluarga.
INGAT!!! TAKAFUL HANYA BOLEH DISERTAI KETIKA ANDA MASIH SIHAT SAHAJA, BILA SUDAH SAKIT, TIADA TAKAFUL YANG BOLEH ANDA SERTAI.

No comments:

Post a Comment