Mengapa anda perlukan insuran?
Masyarakat kadang kala bertanya kepada saya - Mengapa mereka perlukan insuran, sedangkan kehidupan mereka sudah selesa? Mereka memiliki pekerjaan atau perniagaan yang sudah mampu untuk menampung perbelanjaan sara hidup keluarga dan usia mereka juga masih muda.
Dalam erti kata lain,mereka tidak yakin dgn konsep insurans, sedangkan kesihatan mereka masih baik dan mereka belum mahu mati lagi.
Kini, masyarakat sudah lama yakin dgn konsep insurans
Pertama, ingin saya jelaskan disini, insurans hayat bukan insurans kematian. Membeli insurans bukan bermakna anda merancang utk mati tidak lama lagi!
Sebaliknya,membeli insurans itu bertujuan utk anda melindungi kewangan keluarga anda, dari kerugian kewangan yg berpunca dari musibah tertentu seperti ditimpa penyakit kritikal atau kemalangan,lumpuh keseluruhan atau meninggal dunia. Bukan mati sahaja.
Kedua, saya tidak perlu menyakinkan anda tentang konsep insurans kerana anda sebenarnya sudah lama yakin dgn konsep insurans tersebut. Seperti pernah saya jelaskan sebelum ini, insurans itu hanyalah satu 'alat' untuk anda melindungi kewangan anda. Konsep insurans sedia-ada adalah utk membantu anda menjamin sumber kewangan yg berterusan dan menutup kerugian kewangan yg berlaku di dalam kehidupan anda.
Anda mungkin tidak sedar bahawa, anda sebenarnya sudah lama yakin dgn konsep insurans ini. Anda juga tidak sedar, selama ini, pekerjaan anda atau perniagaan andalah yg merupakan 'insurans' kepada kehidupan anda. Bagi menjamin sumber kewangan yg berterusan, atau memenuhi keperluan kewangan yg timbul secara mendadak, anda bergantung kepada pekerjaan atau perniagaan yg anda lakukan sekarang.
Sama ada anda terpaksa bangun awal pagi, meredah kesesakan lalulintas atau kerja 'overtime' hingga lewat malam, anda lakukan ini semua kerana pekerjaan atau perniagaan anda itu, adalah satu 'insurans' bagi anda menjamin sumber kewangan anda.
Sebab itulah saya katakan, saya tidak perlu meyakinkan anda tentang konsep insurans kerana anda selama ini, sebenarnya sudah pun yakin dgn konsep insurans.
Cuma persoalannya sekarang:-
1.Apa akan terjadi kepada kewangan anda apabila anda sudah tidak boleh bekerja/berniaga lagi?
2.Bagaimana anda hendak menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, apabila anda sudah tidak berupaya utk bekerja/berniaga?
Inilah sebabnya mengapa anda perlu memiliki insurans-utk memperluaskan skop jaminan kewangan yg sudah anda miliki, supaya anda tetap dapat menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, walaupun setelah anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada!
Jika sebelum ini, anda memiliki pekerjaan atau perniagaan sebagai satu jaminan kewangan, maka perluaskan keupayaan anda, dgn memiliki insurans sebagai satu jaminan tambahan. Ini supaya, di saat anda sudah tidak boleh bekerja, keluarga anda masih boleh meneruskan kehidupan mereka seperti biasa, dgn adanya bantuan kewangan dari insurans.
Daripada anda membiarkan keluarga anda hidup sengsara, meminta-minta drpd org lain, hingga kadangkala terpaksa menjual maruah diri utk menyara anak2, bukankah lebih baik jika anda mula memiliki insurans dari sekarang?
Masyarakat selalu mudah berkata, tidak perlu risau kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Pungutan Zakat dan Baitul Mal ada utk membantu mereka. Mereka menyangka ketiga-tiga organisasi ini, akan dapat menyelesaikan semua masalah kewangan yg mereka hadapi, di saat mereka sudah tidak boleh bekerja lagi.
Tetapi hakikatnya, berapa banyakkah sumbangan yg mereka akan terima? RM150 sebulan? RM300 sebulan? Adakah ianya mencukupi utk menampung keperluan harian keluarga?
Inilah hakikat kehidupan yg anda seringkali lupa dan mereka yg sudah menerima bantuan badan kebajikan pun, masih hidup meminta-minta di dlm media massa kerana bantuan sumbangan yg diterima tidaklah seberapa, sekadar cukup utk keperluan asas sahaja.
Kesimpulan:
Anda perlu terima hakikat bahawa musibah boleh menimpa tanpa mengira usia dan anda perlu melakukan sesuatu sebagai persediaan menghadapi apa jua kemungkinan didalam kehidupan anda.
Memiliki insurans merupakan cara terbaik anda memperluaskan skop jaminan kewangan yg sudah anda miliki dari pekerjaan atau perniagaan anda.
Bukan sahaja insurans dapat menyediakan duit sara hidup di saat anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada, ia juga dapat membantu anda menunaikan tanggungjawab anda terhadap keluarga tersayang.
Petikan artikel dari Ringgit & Sen(Siri Belajar Insurans)
Penulis artikel:Azha Syazri Hj Azizan

No comments:
Post a Comment