Friday, 30 April 2010

TEMPOH MENUNGGU KAD PERUBATAN PRUDENTIAL BSN TAKAFUL












1) Tarikh Kuatkuasa - Melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat kemalangan sahaja.Perlindungan sertamerta.

2) Selepas 1 bulan - Mula melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat penyakit-penyakit biasa kecuali penyakit-penyakit spesifik. Kos rawatan perlu di bayar dahulu dan tuntutan secara manual perlu di buat.

3) Selepas 3 bulan - Kad boleh di gunakan di Hospital Panel bagi kemasukan ke wad

4) Selepas 4 Bulan - Mula melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat penyakit-penyakit spesifik.

Secara ringkas, Kad ini tidak memberi perlindungan penuh secara serta-merta. Oleh itu, jika anda fikir kad ini dapat membantu di masa-masa kecemasan, jangan bertangguh lagi untuk mendapatkannya kerana kita tidak tahu bila sebenarnya ia akan di perlukan.

Kad Perubatan PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD tidak melindungi peserta daripada penyakit spesifik yang berlaku di dalam 120 hari pertama daripada tarikh sijil Takaful.

SENARAI PENYAKIT SPESIFIK

Penyakit-penyakit spesifik adalah bermaksud penyakit -penyakit berikut dan keadaan-keadaan berkaitan dan komplikasi-komplikasi yang berlaku di dalam seratus dua puluh (120) hari pertama perlindungan Takaful tidak kira samada Orang yang dilindungi sedar atau tidak :

1. Batu Karang di dalam sistem urinari dan biliari.
2. Darah tinggi atau penyakit-penyakit kardiovaskular (kecuali serangan jantung).
3. Diabetes mellitus.
4. Kesemua tumor, sista, polip, atau kanser.
5. Surgeri sinus, septum nasal atau tonsil.
6. Hernia, haemorhoid atau fistula.
7. Endometriosis atau Disfungsi Pendarahan Uterina

Saya Covered By Company

Written by Marzuki

Pernyataan ini saya memang saya selalu dengar daripada saudara-saudari kita yang bekerja di Syarikat Swasta yang memberikan kemudahan perubatan. Jadi mereka berpendapat, “Buat apa ambik plan medical insurance/takaful? Syarikat tempat saya bekerja cover unlimited…” atau ada juga yang bagitau saya, “Syarikat saya cover medical, so saya tak perlu amik plan medical sekarang..tunggu saya dah pencen baru ambik“

Memang saya teramat biasa dengar perkara ini. Tetapi, kepada saudara-saudari kita yang bekerja dengan syarikat swasta, yang terlalu yakin dengan manfaat perubatan yang disediakan oleh syarikat. Pertama sekali, saya ucapkan tahniah, kerana anda bertuah sebab company tempat anda bekerja prihatin dan memberikan kemudahan perubatan yang ditanggung oleh syarikat insurance yang mana premiumnya ditanggung oleh syarikat.

Ada beberapa perkara yang saya ingin bertanya kepada mereka2 yang berpendapat seperti yang saya nyatakan di atas.

PERTAMA- Company cover unlimited….Betul, kekadang memang kita dengar syarikat tempat kita bekerja cover medical unlimited. Sedangkan kita tidak pernah pun lihat sendiri policy yang menyatakan medical coverage kita unlimited. Akan tetapi, hakikatnya, walau pun unlimited..(pada pendapat anda)….limitnya adalah…

i. Sekiranya anda mengidap penyakit kritikal, yang terpaksa memerlukan cuti yang panjang, atau kerap bercuti daripada menjalankan tugas disebabkan keperluan untuk mendapatkan rawatan. Agak-agaknya, berapa lama syarikat mahukan kita terus berada dalam syarikat tersebut?…Syarikat terpaksa membayar gaji sedangkan kita sudah tidak productive (sebab asyik cuti saja). Sekiranya anda yang menjadi pengarah syarikat (pemegang syer terbesar dalam syarikat), berapa lama agaknya anda ingin simpan orang yang tidak productive berapa didalam organisasi anda? Sedangkan syarikat terpaksa membayar gaji pekerja yang sakit tadi?…Biasanya kes-kes ini akan masuk dalam Medical Board untuk perbincangan sama ada pekerja tersebut perlu diberhentikan kerja atas-atas sebab kesihatan. Setuju?…

Jadi, setelah kita tidak lagi diperlukan syarikat, adakah syarikat masih mahu membayar lagi semua kos rawatan anda pada masa akan datang? Jadi, inilah hadnya atau limit medical benefit yang disediakan oleh syarikat. Kemudian, dah sakit baru nak mohon medical card? Adakah syarikat insurance mahu berikan perlindungan perubatan kepada kita? Fikirkanlah sendiri…

ii. Kalau kita bertukar tempat kerja, adakah syarikat asal masih mahu memberikan manfaat perubatan lagi?…Kalau tempat baru tiada menawarkan kemudahan perubatan, tapi dengan gaji yang lebih tinggi dan sukar untuk ditolak, bagaimana?..anda tukar kerja atau tidak? Seterusnya jawapan anda..”Haaa, masa tu baru le nak ambik medical card..”….jawapan saya “…Kalau you boleh jamin you sihat sampai bila-bila dan takkan sakit, then you amik medical card nie kemudian, kalau you tak boleh jamin, lebih baik amik sekarang…sebabnya medical card hanya boleh dibeli dengan 2 benda iaitu DUIT dan KESIHATAN. Dah sakit, kalau you boleh bayar saya RM 2,000 utk 3 tahun punya payment akan datang sekali pun, syarikat akan tolak permohonan you….masa tu menyesal sudah tidak berguna, bersiap sedia le untuk menghabiskan duit simpanan untuk biaya kos rawatan. Termasuklah duit dalam EPF….bagaimana hari tua anda?….EPF untuk simpanan hari tua, tapi tak sempat nak tua duit dalam EPF dah habih bayar ke Hospital….Fikirkan lah sendiri..”

KEDUA – Tak perlu ambik medical card sekarang sebabnya saya dah ada company punya.

Sekiranya anda boleh jamin anda akan sihat sampai le anda dah nak bersara besok, anda boleh tunggu untuk amik medical ini akan datang. Tapi, kalau anda tak boleh jamin, lebih baik anda ambil sekarang.

Kita biasa melawat saudara-mara kita di hospital…pernah atau tidak kita bertanya kepada pesakit tu, “Kau tau dari awal ke yang kau akan kena sakit nie?….” atau “Kau memang nak ke, sakit nie terkena kat kau”…cuba le tanya diorang sama ada jawapannya Ya atau Tidak.

Kalau jawapannya tidak, anda kena amik medical card sekarang. Kalau jawapannya ya….anda tak perlu amik medical card tu sekarang sebabnya, sebabnya anda ada kebolehan untuk tahu apa perkara yang akan berlaku pada masa aka datang. Jadi, apabila anda tau anda nak sakit je, baru anda amik. Fikirkanlah sendiri.

Kalau nak ambil medical card sekarang, hubungi saya. Penerangan percuma dan tiada paksaan, itu janji saya. Saya cuma ingin beritahu anda apa yang anda perlu tahu pasal medical card ini dan bagaimana medical card ini penting untuk elakkan anda jadi seperti kes-kes didalam artikel blog saya ini. Kalau anda tidak tahu, jangan tidak ambil tahu, ambil tahu, fahamkan apa sebenarnya medical card ini…..kemudian buat keputusan sama ada perlu ambil atau tidak. Sebabnya….kalau anda dah sakit, agent insurance/takaful dan syarikat insurance boleh cari client yang sihat. tapi, anda tidak boleh cari insurance yang nak cover orang yang dah sakit.

Tuesday, 20 April 2010

Kenapa Takaful

Keratan-keratan akhbar dari pakar agama, bukan saya cakap.. tapi orang yang pandai selok belok agama yang cakap ini.. so renung-renungkan.. Mane yang terbaik untuk dunia dan akhirat...





Monday, 19 April 2010

Contoh Flyers PruBSN Takaful

Di sini ada beberapa contoh flyers PruBSN Takaful untuk renungan bersama:

Tuesday, 6 April 2010

Kisah Sedih Artis-Artis Malaysia

DULU BIENDA BERTARUNG NYAWA
Apabila dadanya sering saja sakit. Mulanya dia menyangka ia sekadar sakit biasa sebaliknya penyanyi nasyid Bienda terpaksa menerima hakikat dia menghidap sakit jantung berlubang. Mujurlah ia dapat dikesan pada peringkat awal ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta baru-baru ini. Bagaimanapun ketika doktor pemeriksa degupan jantung Bienda, bunyinya seakan berbeza menyebabkan dia diarah merujuk kes berkenaan ke hospital.

Mungkin sudah takdir, akhirnya Bienda atau nama sebenarnya Norrazlinda Razli, 22, terpaksa menerima hakikat terdapat lubang sedalam 25 milimeter pada bahagian kiri jantungnya. Lebih mengejutkan, pihak hospital memaklumkan peruntukan untuk melakukan pembedahan jantung itu memerlukan kos sekitar RM50,000. Mana hendak dicari duit sebanyak itu? Persembahan pentas pun bukannya ada. Itulah nasib mereka. Hendak meminta malu tetapi jika tidak berbuat demikian bimbang penyakit itu akan melarat.

Mungkin sudah rezeki dari Tuhan, beban itu dapat juga dikurangkan apabila Pergerakan Pemuda UMNO pada 2 Januari lalu memaklumkan kesediaan mereka menghulurkan sumbangan RM25,000. Melalui Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang membantu berusaha mendapatkan peruntukan itu, paling tidak kedua-dua beranak tersebut mampu juga menarik nafas lega.

FINAS SUMBANG RM10,000 BANTU M.RAJOLI
Pelakon M. Rajoli yang kini menjalani rawatan kemoterapi dan fisioterapi selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada otaknya, menerima sumbangan RM10,000 daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di Hospital Ampang, di sini hari ini.

Sepanjang berada di Hospital Ampang, M. Rajoli akan menjalani rawatan kemoterapi selain rawatan beberapa penyakit lain termasuk kencing manis, darah tinggi dan asma. “Setakat ini, suami saya baru dua kali menjalani kemoterapi. Rawatan susulan akan dijalankan seterusnya tidak lama lagi. Setiap rawatan kemoterapi menelan kos RM3,000,” katanya. Pada 14 November lalu, M. Rajoli menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM1,000 daripada Persatuan Karyawan. Karyawan juga bersetuju memberi imbuhan RM500 sebulan seumur hidup kepada pelakon itu menerusi Skim Pencen yang diwujudkan oleh persatuan tersebut.

INI SEMUA
DUGAAN ALLAH - YUSNI
“Ini semua dugaan dan ujian Allah pada ibu. Dia Maha Penyayang. Ibu terima semuanya ini dengan hati yang reda’’. Itulah bait tutur yang mampu diluahkan oleh seniwati Yusni Jaafar ketika Mega mengikuti Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) melawatnya di Hospital Selayang, Selangor, baru-baru ini.

Melihatkan tubuh Yusni yang hanya terbaring di atas katil, hati setiap mereka yang melawatnya pasti diselubungi perasaan sedih dan sayu. Manakan tidak, tatkala diajukan soalan mengenai keadaan diri, Yusni jelas seakan-akan mahu menyembunyikan penderitaan yang ditanggung di sebalik lantunan nada serak.

Namun, hakikatnya, ibu kepada Raja Iskandar, 41; Raja Ema, 39; Raja Izat, 37; Raja Emey, 30, dan Raja Erna, 23, itu kini cukup derita akibat penyakit hati serta buah pinggang. Di samping itu, Yusni yang dimasukkan ke hospital sejak 31 Januari lalu turut menanggung seksa penyakit kencing manis. **Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Yusni Jaafar yang telah kembali ke rahmatullah pada 1 April 2008 yang lalu.

SUDIRO - TABAH KETENTUAN ILAHI
MASIH ingatkah lagi dengan dramatis yang begitu sinonim dengan watak Tapa dalam siri popular Rumah Kedai yang pernah ditayangkan sepanjang Ramadan di TV3 tidak lama dahulu? ‘Tapa’ yang dulu berbadan gempal, kini sudah kurus dan cengkung. Inilah realiti yang terpaksa diterima setulusnya oleh ‘Tapa’ atau nama sebenarnya Sudiro Sukirman, 48, yang mengidap pelbagai jenis penyakit. Katanya, dia mula mengidap penyakit kencing manis ketika berkhidmat dengan TV3 sebagai Penolong Penerbit Bahagian Hiburan dari tahun 1995 hingga 2005.Sudiro juga pernah bertugas sebagai penulis skrip di Grand Brilliance Sdn. Bhd.

"Nasib baik sakit buah pinggang saya tak sampai tahap teruk lagi. Doktor kata, lagi dua peratus kalau tak jaga betul-betul memang kena dialisis," katanya yang perlu menyediakan RM1,000 setiap bulan untuk membiayai perubatannya.
Sudiro kini tinggal di Selayang, Kuala Lumpur bersama adiknya, Sumini Sukirman, 42. Kata Sudiro, dia terpaksa makan enam jenis ubat termasuk ubat jantung dari Institut Jantung Negara (IJN) yang bernilai RM250. “Kadang-kadang bila makan banyak sangat ubat, kulit pun mengelupas, mungkin sebab panas,” kata Sudiro yang mengakui berpantang makan makanan pedas dan juga ikan kembung.

Sudiro kini bertugas sebagai pengajar Teater Boneka di Universiti Malaya (UM) dan juga sering mendapat undangan membuat pertunjukan boneka di sekolah-sekolah. Selain itu, Sudiro juga menulis skrip untuk menampung perbelanjaan rawatannya. “Skrip terbaru saya ialah Bawang Kecil Bawang Besar,” kata Sudiro.

AZEAN PERLUKAN RM90,000
Sudah dua minggu aktres Azean Irdawaty selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada payudaranya dan aktres itu sudah disahkan semakin sihat, malah tidak sabar untuk bersama dengan karyawan lain ke Festival Filem Malaysia di Pulau Pinang awal Ogos nanti.
Apa pun, di sebalik senyuman riang Azean itu ‘tersembunyi’ sesuatu. Pelakon versatil berusia 57 tahun ini sebenarnya memerlukan bantuan kewangan untuk membiayai kos rawatannya. Kos rawatan penyakit kanser memang agak tinggi. Kimoterapi saja, sebanyak RM42,000 diperlukan Azean bagi enam sesi rawatan yang dijalani di Hospital Pakar Damansara pada 18 Julai lalu.

Kos berkenaan belum termasuk rawatan radioterapi yang akan dilakukan di hospital di Nilai. “Selepas mengambil kira semua perkara saya memerlukan kira-kira RM90,000,’’ katanya dalam senyum yang gundah.

Bagaimanapun, setakat ini sebanyak RM33,000 berjaya dikumpulkan. Ia hasil sumbangan diperoleh Azean daripada saudara, rakan, persatuan dan pihak yang prihatin pada dirinya. Azean mungkin kacau dan risau sebab untuk mendapatkan kos sebanyak itu bukannya mudah. Ambil masa dan tenaga, tetapi masalahnya dalam keadaan sekarang dia tidak boleh bekerja untuk mencari wang.

CUBA RENUNGKAN SEJENAK
Apa yang bermain di fikiran anda sekarang?
Apa perasaan anda apabila membaca kisah-kisah sedih artis kesayangan anda ini?
Nasib mereka sudah ditentukan sebegitu, nasib anda bagaimana pula?
Apa persediaan anda jika perkara-perkara sebegini terjadi kepada diri sendiri, ibu, bapa, isteri, suami, anak-anak atau ahli keluarga anda yang lain?

Mahal bukan kos rawatan perubatan? Mampukah anda menyediakan sejumlah wang yang banyak untuk membiayai kos rawatan perubatan?

SEJAUH MANA ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI PERKARA-PERKARA SEBEGINI?

Anda BERNASIB BAIK kerana berpeluang membaca artikel ini. Kami bersedia untuk MEMBANTU anda menghadapi situasi-situasi sebegini. Hanya ada SATU cara untuk menghadapi perkara-perkara sebegini sekiranya ditakdirkan berlaku terhadap diri dan keluarga anda iaitu dengan memiliki polisi TAKAFUL.

Jadikan Kisah Sedih Artis-Artis Malaysia yang baru anda baca sebagai panduan dan iktibar. Mungkin salah kami kerana tidak berkesempatan untuk bertemu mereka sewaktu mereka masih SIHAT dan menolong mereka disaat mereka benar-benar memerlukannya.

Terlalu ramai orang di luar sana yang perlu kami temui setiap hari. Hakikatnya ada 15 juta rakyat Malaysia yang belum mempunyai perlindungan takaful dan anda adalah sebahagian daripada statistik ini.

Bertindaklah SEKARANG, JANGAN BERLENGAH LAGI. Kami tidak mahu kisah sedih artis-artis ini BERULANG pada diri anda dan keluarga.
INGAT!!! TAKAFUL HANYA BOLEH DISERTAI KETIKA ANDA MASIH SIHAT SAHAJA, BILA SUDAH SAKIT, TIADA TAKAFUL YANG BOLEH ANDA SERTAI.

Monday, 5 April 2010

Contoh Pelan Takaful (Lelaki Dewasa)

1. High Protection / Low Investment

Maklumat Peserta
Lelaki
Umur 30 tahun
Tidak merokok
Bekerja di pejabat
Caruman Bulanan : RM 300

•Kematian / Lumpuh Kekal Keseluruhan(TPD) : RM 152,784
•36 Jenis Penyakit Kritikal : RM 30,000
•Kemalangan (mati/TPD) : RM 202,784
•Khairat Kematian : RM 2,000
•Kecacatan akibat kemalangan : Berdasarkan % daripada manfaat Kemalangan.
•Bayaran balik caj perubatan (kemalangan) : RM 2,000 (setiap kemalangan)
•Medical Card : RM 750,000 (hingga umur 70) dan RM 75,000 setahun.
•Elaun Hospital : RM 300 sehari
•Elaun ICU : RM 200 sehari
•Elaun Bedah : Maksimum RM 5,000 / bedah *bergantung kepada kadar keseriusan
•Elaun MC disebabkan kemalangan : RM 400 / minggu
•Elaun Lumpuh : RM 5,000 setahun
•Manfaat caruman PERCUMA sekiranya client mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Simpanan akan disambung oleh PruBSN sehingga umur 80 atau meninggal dunia yang mana lebih dahulu.
•Takaful Saver : RM 50 sebulan
•Nilai Tunai Pelaburan selepas 30 tahun : RM 79,025*
*Anggaran pulangan pelaburan adalah 9% setahun. Pulangan adalah tidak jamin dan berdasarkan prestasi pasaran semasa.


2. High Protection / Medium Investment

Maklumat Peserta
Lelaki
Umur 30 tahun
Tidak merokok
Bekerja di pejabat
Caruman Bulanan : RM 300

•Kematian / Lumpuh Kekal Keseluruhan(TPD) : RM 131,932
•36 Jenis Penyakit Kritikal : RM 30,000
•Kemalangan (Mati/TPD) : RM 181,932
•Khairat Kematian : RM 2,000
•Kecacatan akibat kemalangan : Berdasarkan % daripada manfaat Kemalangan.
•Bayaran balik caj perubatan (kemalangan) : RM 2,000 (setiap kemalangan)
•Medical Card : RM 625,000 (hingga umur 70) dan RM 62,500 setahun.
•Elaun Hospital : RM 300 sehari
•Elaun ICU : RM 100 sehari
•Elaun MC disebabkan kemalangan : RM 200 / minggu
•Elaun Bedah : Maksimum RM 2,500 / bedah *bergantung kepada kadar keseriusan
•Takaful Saver : RM 100 sebulan
•Manfaat caruman PERCUMA sekiranya client mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Simpanan akan disambung oleh PruBSN sehingga umur 80 atau meninggal dunia yang mana lebih dahulu.

•Nilai Tunai Pelaburan selepas 30 tahun : RM 105,298*
*Anggaran pulangan pelaburan adalah 9% setahun. Pulangan adalah tidak jamin dan berdasarkan prestasi pasaran semasa.


3. Medium Protection/Medium Investment

Maklumat Peserta
Lelaki
Umur 30 tahun
Tidak merokok
Bekerja di pejabat
Caruman Bulanan : RM 300

•Kematian / Lumpuh Kekal Keseluruhan(TPD) : RM 45,302
•36 Jenis Penyakit Kritikal : RM 10,000
•Kemalangan (Mati/TPD) : RM 75,302
•Khairat Kematian : RM 2,000
•Kecacatan akibat kemalangan : Berdasarkan % daripada manfaat Kemalangan.
•Bayaran balik caj perubatan (kemalangan) : RM 2,000 (setiap kemalangan)
•Medical Card : RM 625,000 (hingga umur 70) dan RM 62,500 setahun.
•Elaun Hospital : RM 200 sehari
•Elaun ICU : RM 100 sehari
•Elaun Bedah : Maksimum RM 2,500 / bedah *bergantung kepada kadar keseriusan
•Takaful Saver : RM 150 sebulan
•Manfaat caruman PERCUMA sekiranya client mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Simpanan akan disambung oleh PruBSN sehingga umur 80 atau meninggal dunia yang mana lebih dahulu.
•Nilai Tunai Pelaburan selepas 30 tahun : RM 173,836*
*Anggaran pulangan pelaburan adalah 9% setahun. Pulangan adalah tidak jamin dan berdasarkan prestasi pasaran semasa.


4. Low Protection / High Investment

Maklumat Peserta
Lelaki
Umur 30 tahun
Tidak merokok
Bekerja di pejabat
Caruman Bulanan : RM 300

•Kematian / Lumpuh Kekal Keseluruhan(TPD) : RM 20,073
•Kemalangan (Mati/TPD) : RM 34,400
•Kecacatan akibat kemalangan : Berdasarkan % daripada manfaat kemalangan.
•Bayaran balik caj perubatan (kemalangan) : RM 2,000 (setiap kemalangan)
•Medical Card : RM 500,000 (hingga umur 70) dan RM 50,000 setahun.
•Takaful Saver : RM 200 sebulan
•Manfaat caruman PERCUMA sekiranya client mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Simpanan akan disambung oleh PruBSN sehingga umur 80 atau meninggal dunia yang mana lebih dahulu.
•Nilai Tunai Pelaburan selepas 30 tahun : RM 173,836*

*Anggaran pulangan pelaburan adalah 9% setahun. Pulangan adalah tidak jamin dan berdasarkan prestasi pasaran semasa.


5. Basic Protection (Medical)
Minimum caruman adalah RM 100 sebulan.

Maklumat Peserta
- Umur 30
- Lelaki
- Tidak merokok
- Kerja di pejabat

•Kematian / TPD : RM 13,564
•Medical Card : RM 500,000 (hingga umur 70 tahun) dan RM 50,000 setahun
•Khairat Kematian : RM 2,000
•Elaun Hospital : RM 50 sehari
•Kemalangan (Mati/TPD) : RM 33,564
•Kecacatan akibat kemalangan : Berdasarkan % daripada manfaat kemalangan.
•Bayaran balik caj perubatan (kemalangan) : RM 2,000 (setiap kemalangan)
•Nilai Tunai Pelaburan selepas 30 tahun : RM 14,614*
*Anggaran pulangan pelaburan adalah 9% setahun. Pulangan adalah tidak jamin dan berdasarkan prestasi pasaran semasa.


Sumber :PruBSN SQS ver 1.5.0.2a

Sunday, 4 April 2010

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Mengapa anda perlukan insuran?
Masyarakat kadang kala bertanya kepada saya - Mengapa mereka perlukan insuran, sedangkan kehidupan mereka sudah selesa? Mereka memiliki pekerjaan atau perniagaan yang sudah mampu untuk menampung perbelanjaan sara hidup keluarga dan usia mereka juga masih muda.
Dalam erti kata lain,mereka tidak yakin dgn konsep insurans, sedangkan kesihatan mereka masih baik dan mereka belum mahu mati lagi.

Kini, masyarakat sudah lama yakin dgn konsep insurans
Pertama, ingin saya jelaskan disini, insurans hayat bukan insurans kematian. Membeli insurans bukan bermakna anda merancang utk mati tidak lama lagi!

Sebaliknya,membeli insurans itu bertujuan utk anda melindungi kewangan keluarga anda, dari kerugian kewangan yg berpunca dari musibah tertentu seperti ditimpa penyakit kritikal atau kemalangan,lumpuh keseluruhan atau meninggal dunia. Bukan mati sahaja.

Kedua, saya tidak perlu menyakinkan anda tentang konsep insurans kerana anda sebenarnya sudah lama yakin dgn konsep insurans tersebut. Seperti pernah saya jelaskan sebelum ini, insurans itu hanyalah satu 'alat' untuk anda melindungi kewangan anda. Konsep insurans sedia-ada adalah utk membantu anda menjamin sumber kewangan yg berterusan dan menutup kerugian kewangan yg berlaku di dalam kehidupan anda.

Anda mungkin tidak sedar bahawa, anda sebenarnya sudah lama yakin dgn konsep insurans ini. Anda juga tidak sedar, selama ini, pekerjaan anda atau perniagaan andalah yg merupakan 'insurans' kepada kehidupan anda. Bagi menjamin sumber kewangan yg berterusan, atau memenuhi keperluan kewangan yg timbul secara mendadak, anda bergantung kepada pekerjaan atau perniagaan yg anda lakukan sekarang.

Sama ada anda terpaksa bangun awal pagi, meredah kesesakan lalulintas atau kerja 'overtime' hingga lewat malam, anda lakukan ini semua kerana pekerjaan atau perniagaan anda itu, adalah satu 'insurans' bagi anda menjamin sumber kewangan anda.

Sebab itulah saya katakan, saya tidak perlu meyakinkan anda tentang konsep insurans kerana anda selama ini, sebenarnya sudah pun yakin dgn konsep insurans.

Cuma persoalannya sekarang:-
1.Apa akan terjadi kepada kewangan anda apabila anda sudah tidak boleh bekerja/berniaga lagi?
2.Bagaimana anda hendak menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, apabila anda sudah tidak berupaya utk bekerja/berniaga?

Inilah sebabnya mengapa anda perlu memiliki insurans-utk memperluaskan skop jaminan kewangan yg sudah anda miliki, supaya anda tetap dapat menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, walaupun setelah anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada!

Jika sebelum ini, anda memiliki pekerjaan atau perniagaan sebagai satu jaminan kewangan, maka perluaskan keupayaan anda, dgn memiliki insurans sebagai satu jaminan tambahan. Ini supaya, di saat anda sudah tidak boleh bekerja, keluarga anda masih boleh meneruskan kehidupan mereka seperti biasa, dgn adanya bantuan kewangan dari insurans.

Daripada anda membiarkan keluarga anda hidup sengsara, meminta-minta drpd org lain, hingga kadangkala terpaksa menjual maruah diri utk menyara anak2, bukankah lebih baik jika anda mula memiliki insurans dari sekarang?

Masyarakat selalu mudah berkata, tidak perlu risau kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Pungutan Zakat dan Baitul Mal ada utk membantu mereka. Mereka menyangka ketiga-tiga organisasi ini, akan dapat menyelesaikan semua masalah kewangan yg mereka hadapi, di saat mereka sudah tidak boleh bekerja lagi.
Tetapi hakikatnya, berapa banyakkah sumbangan yg mereka akan terima? RM150 sebulan? RM300 sebulan? Adakah ianya mencukupi utk menampung keperluan harian keluarga?

Inilah hakikat kehidupan yg anda seringkali lupa dan mereka yg sudah menerima bantuan badan kebajikan pun, masih hidup meminta-minta di dlm media massa kerana bantuan sumbangan yg diterima tidaklah seberapa, sekadar cukup utk keperluan asas sahaja.

Kesimpulan:
Anda perlu terima hakikat bahawa musibah boleh menimpa tanpa mengira usia dan anda perlu melakukan sesuatu sebagai persediaan menghadapi apa jua kemungkinan didalam kehidupan anda.
Memiliki insurans merupakan cara terbaik anda memperluaskan skop jaminan kewangan yg sudah anda miliki dari pekerjaan atau perniagaan anda.

Bukan sahaja insurans dapat menyediakan duit sara hidup di saat anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada, ia juga dapat membantu anda menunaikan tanggungjawab anda terhadap keluarga tersayang.

Petikan artikel dari Ringgit & Sen(Siri Belajar Insurans)
Penulis artikel:Azha Syazri Hj Azizan

THURSDAY, JUNE 5, 2008
Kita Bukan Isteri Perdana Menteri....

Kita bukan isteri perdana menteri....
Kalau kita isteri perdana menteri,
Kita tak perlu takut sbb semua free
Sebab kita boleh buat rawatan kimoterapi kanser di Los Angeles
Ratus-ratus ribu, high class facilities,
Kerajaan tanggung in and out,
Buat rawatan sambil bercuti, sapa nak bagi,Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Datin Sri Endon,


Kita bukan Azean Irdawaty,
Aktress yg terkenal pun tak lepas dari kanser,
Ye la kanser tak pilih bulu,
Pun tak cukup duit rawat kanser,
Tapi takpa, masuk paper Berita Harian, Metro,
Utusan dan macam2 mintak derma,
Masuk TV3 mintak ringankan beban,

Mcm2 persatuan bagi derma,
Zakat Selangor bagi RM 30 000,
orang lain bole dapat ker mcm ni ?
RM 90 000 bukan senang nak cari,
Berlakon satu filem di bayar RM 60 000,
setahun 3 filem dah RM 180 000,
banyak gaji Pn Azean ni,
Tak masuk drama dan iklan,
Mcm ni punya kaya pun kena mintak derma lagi.....

Gaji you + husband ada RM180,000 setahun ?
RM100,000? RM 30000 ?

Alahai sedihnyer....
Kanser tak pilih bulu,
Hari ni sihat,bulan depan tengok2 kanser dah stage 3,
14 hari ketumbuhan 5cm dah jadi 10 cm,
1 dari 19 wanita menghidap kanser setiap tahun ????
Bila giliran kiter agaknyer ??

Hospital kerajaan yang macam pasar
basah tu boleh setel cepat ker?
Bukan nak hentam Hospital Kerajaan,
Facilities dan kepakaran Hospital Kerajaan dan Swasta setanding ke!....
Tapi Doktor Kerajaan sendiri cakap,
Kes elektif mcm kanser atau jantung,
atau kritikal, eloklah jangan ditangguh rawatan,
mcm mana nak cepat?
sbb kita bukan isteri perdana menteri....
nak rawatan cepat kena pergi hospital swasta,
hospital swasta paham2 lah,
bisnes tetap bisnes,

RM 20 000, buat kimo sajer,
satu cycle jer, tak masuk rawatan yang lain,
Bila dah kena, ada yang bergadai rumah,
ada yang bergadai tanah,

Kos rawatan + kos sara hidup
(dah sakit tak bleh p kerja dah...)
Boleh cecah RM 100 ribu.. ada yang lebih..
Kalau duit rawatan + duit sara hidup +
kos rawatan susulan RM 150 000, mcm mana ?

Simpan RM 200 sebulan di ASB pun
10 tahun belum cukup RM 100 000..
Kalu simpan RM 200 di Takaful,
esok dah ada dana kecemasan RM 500 000,
Kalau tak dak jadi aper2 dapat balik
Modal + Investment...
Ni pun tak boleh paham ker ?

Setengah orang kedekut..
kalau tak kedekut,
mungkin tak paham,
beli kereta bayar RM 500 boleh,
RM 1500 pun takper, asal bergaya,
beli emas ribu - ribu sanggup,
tapi nak bayar 5% dari gaji bulan utk
kecemasan rasa mahal,
sedangkan benda ni wajib + penting,
dana kecemasan la katakan,

kalau ada RM 150 000
dalam bank hari ni takper,
tapi kalu ada kecemasan,
RM 150 000 kena guna,
habis lah duit you, kene kumpul balik….
kan ker baik kalau orang lain bagi RM500,000 utk kecemasan,
Mahal? RM200 mahal?
RM 150 mahal gak ? RM 100 mahal lagi ????

Orang Cina bila dapat 1st gaji
diorang tak plan nak beli kereta,
Orang Melayu bila dapat 1st gaji
terus plan nak beli kurang2 Waja,

Orang Cina bila dapat 1st gaji,
diorang pikir Investment,
pikir Insurance,

Orang Melayu bila dapat 1st gaji
diorang pikir nak pakai kereta aper,
sport rim 17 inci wajib,

Perancang kewangan kater, utk kereta
tak lebih 30% dari gaji bulan,
Gaji RM 2000 sebulan, patut beli
kereta yg bayar bulan RM 600/sebulan,
Waja second ok la..kenari second ker..
utk permulaan.....

Tapi… ramai tak ikut..
gaji RM 2000, beli kereta Honda..Toyota..
RM 850/sebulan.....43% dah tuh..
Perancang kewangan kater,
60% gaji utk hutang + perbelanjaan,
40 % utk investment + dana persaraan + insuran,
Orang melayu 99% gaji utk hutang +
belanja sara hidup... 1 % utk simpanan...
Beraper kerat jer orang melayu ada
RM 50 000 cash dalam bank lepas 5 tahun kerja,

Bila orang suruh beli takaful / insuran.....
mahal...tak cukup bulan2 nak bayar......
pakat2 la betulkan kedudukan
kewangan korang semua....

Orang Kerajaan berlagak,
Penyakit dan rawatan semua di tanggung,
Betul tu….
Habis hari2 orang kerajaan masuk paper
mintak derma mcm maner?

Kita bukan isteri Perdana Menteri,
Bukan juga adik Menteri,
Menteri dan PM sendiri pun cari
hospital swasta utk rawatan,
kat US lagi tuh,

Pegawai jabatan jer? clerk jer?
Pegawai sains jer?
Ketua Jabatan? Pensyarah?
Ok la skit dengar bunyik nyer,
OK sebulan lagi datang balik
buat Test tu Test ni,
OK tunggu result 2 minggu,
OK kena tunggu giliran buat pembedahan,
mungkin 3 bulan lagi,
Senarai list 10 muka surat,
tahun depan pun ada nak dapat giliran,
mintak maaf cakap, inilah realiti......

Orang kerja Swasta lagi lah tak sedar diri,
Konon - konon Multi Nasional Company...
Majikan Cover la katakan...
Berapa ribu beb ?
Sampai bila beb ?
Berapa limit beb ?
8 bulan kena kanser tak pi kerja
Majikan nak cover lagi ker beb ????
pencen umur 55 thn
habis takdak coverage dah...

86% warge tua melayu sekarang
tiada coverage insurance..
golongan ni berada di tahun akhir
1970an dan 1980an...

tengah kuat kerja mcm kita,
tapi masa tu insurans tak famous
di kalangan orang melayu, haram...
sekarang ada satu pilihan jer lah...
hospital kerajaan...
kalau nak ke hospital swasta...
kena cari dana sendiri...EPF?
Untuk persaraan pun tak cukup
inikan pula nak tanggung medical...

Sekarang banyak company besar2 beroperasi di Malaysia,
Tapi sampai bila ?
Itu pun kalau majikan
masih sudi beroperasi di Malaysia,

Bisnes is bisnes,
bukan badan kebajikan atau welfare...
kalau kos operasi dah mahal...
pegi tempat lain la jwbnyer..
nak beli takaful masa umur 55?
Besar belanjer nyer beb..
itu pun kalau layak...

Majikan paling besar dalam Malaysia..
adalah Kerajaan Malaysia,
Insyallah dah berpuluh tahun beroperasi..
tak bungkus...
walaupun kalah byk di PRU12 baru2 ni,..
takper.. Majoriti mudah dalam tangan...

Alahhhh...kalu PAS ker PKR ker
perintah Malaysia pun,
kerajaan tetap jalan mcm biasa...

Kerja Kilang besar mana pun,
risiko nak bungkus tetap ada,
US dah meleset,
Kilang US kat Msia ni byk dalam bahaya...
Kat Malaysia pun
operator kilang Melayu dah skit…
berlambak Bangla, Vietnam , Nepal... murah...
Sikit hari lagi, depa pakat – pakat
pindah Operasi pi Bangla...
Hampa ternganga....
Tu pun masih tak sedar diri lagi..

IKM-HUKM Hospital yg terbaik
dari segi facilities bagi rawatan kanser,
Hospital Kerajaan nih…
Hospital Swasta n Kerajaan kadang2
akan refer sini,
Sini ada golongan yg tak perlu bayar,
atau bayar seminimum yg mungkin,
Ada yang kena bayar 100%..
bagi yang ada coverage insurance,
atau TOKEY KILANG,
Boleh buat loan nak buat rawatan disini...buat loan ?
Cukup la loan rumah, loan kereta
dah beban dah.....

Kebarangkalian nak jatuh dalam
GROUP tak payah bayar sangat lah rendah..
Second group kena bayar skit.
skit berapa skit...RM 20 ribu ? RM 30 ribu ?
Tengok kes ler...So, are we hoping for the luck
to fall in the Not Need Pay Group ??
Husband kerja, wife kerja...
boleh bayar bulan - bulan aper ....

Ibarat guna Kad kredit ler,
Kad kredit Visa Jammed,
Gunerlah pulak Kad Mastercard,
(Mana2 yg pakai kad kredit,
stop dan tukar pada Kad Debit plak...)
Bila jalan jauh, spare tyre kena ada,
Jahanam satu tayar,
ada lagi satu tyre spare..

Sama juga kes you,
Mana boleh dapat rawatan kerajaan,
pergi la takda masalah,
Tapi bila lambat dan waiting list panjang,
pegi la hospital swasta nak cepat...
(dengan coverage insuranse la yer...)

Kanser bila dah kena, keluarga merana,
isteri kena kanser suami merana,
suami kena kanser isteri merana,
kehilangan keluarga tersayang
taktau nak cakap ler sedihnyer,
Kesian anak2...

Gaji Laki bini RM 2500 + RM 2500..
Wow.. RM 5000
satu tumbang...tinggal RM 2500 jer..
dah la tak cukup...
nak tanggung kos rawatan kanser lagik..
kalau takdak insurans.....
masuk paper ler mintak derma..
tanggung sakit memang perit,
takda duit nak buat rawatan lagi tambah pedih,

Ajal dan maut di tangan tuhan akhirnyer
Kalau dah sampai ajal, pergi jua...
Sekurang2nya kita mencuba,
dapatkan rawatan terbaik,

Jangan nanti terkilan salah kan diri sendiri,
Sbb lambat dapat rawatan...
Why lambat ? tak der duit..

Suami-suami yang menyayangi isteri...
Isteri - isteri yang menyayangi suami..
Lepas baca nukilan nih,
bincang - bincanglah sesama sendiri,
Suami belikan takaful untuk isteri...
Takkan isteri nak beli untuk suami..
Apa2 pun bolehlah...

Nasihat saya...
Takaful atau Insurans ..
hanya boleh dibeli dengan KESIHATAN,
Hanya orang yang SIHAT je ..
boleh beli insurans atau takaful…
You mampu bayar RM 500 sebulan pun,
Bila dah SAKIT, orang tak pandang dah,

Nukilan ni bukan nak perli saper2,
Just nak bukak minda jer,
Mintak maaf kalau ada yang teraser,
Sementara sihat, eloklah beringat..

Bila dah sakit...
Wallahulalam....

Ingat.....Kita bukan isteri mana - mana Perdana Menteri...
hatta Menteri sekali pun...

Karya diatas adalah hasil nukilan:
En. Yuzairi Yunus
zairi_takaful@yahoo.com


Thursday, 1 April 2010

Request For Quotation

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat yang tepat mengenai Pelan PruBSN Takaful. Anda boleh mendapatkannya secara percuma daripada kami. Caranya mudah sahaja.

Email ke mohamad.syukri@prubsnadvisor.com.my atau untuk maklumbalas yang lebih pantas SMS ke 019-4500050 semua maklumat berikut :

1-Nama
2-Tarikh Lahir
3-Jantina
4-Pekerjaan (sekiranya kanak2, maklumat ini tidak diperlukan)
5-Status merokok atau tidak (untuk kanak2, ini tidak diperlukan)
6-Budget (Sekiranya ada, memudahkan kami untuk menyediakan pelan Takaful berdasarkan kemampuan anda)
7-Nombor Telefon (Memudahkan penerangan secara lisan sekiranya terdapat perkara-perkara yang tidak jelas)

Dapatkan Pelan Takaful PruBSN untuk anda sekarang!!!

Peluang Kerjaya Bersama PruBsn Takaful

JAWATAN KOSONG
Kami memerlukan ANDA untuk mengisi jawatan sebagai Perunding Takaful (Sepenuh Masa/Sambilan).

INSENTIF DAN FAEDAH
Komisen dan bonus tahunan yang lumayan.
Peluang kenaikan pangkat dan pendapatan tanpa had.
Insentif melancong ke luar negara.
Latihan percuma (latihan selepas waktu bekerja dan hujung minggu)

SYARAT KELAYAKAN
Berumur 20 tahun dan ke atas.
Pendidikan minima SPM.
Pengalaman tidak diperlukan.
Mempunyai semangat dan jati diri yang kuat Komited, rajin, jujur dan amanah

BERMINAT?
Sila hantar maklumat berikut ke mohamad.syukri@prubsnadvisor.com.my/019-4500050

1. Nama Penuh
2. Tarikh Lahir
3. Kelulusan
4. Pekerjaan
5. Nombor Telefon
6. Lokasi
Setelah maklumat ini dihantar, anda akan saya hubungi dengan SEGERA.

Saya juga akan memberikan penerangan terperinci dan prosedur untuk menjadi seorang Perunding Takaful.